Tuesday, 19 March 2013

CLOSED KINETIC CHAIN


STESEN 2

JENIS KECEDERAAN :
SHOULDER  STRAIN
TEKNIK / MODALITI :
CLOSED KINETIC CHAIN ( PUSH UP )
PROSES PENYEMBUHAN : 
KRONIK / SUB AKUT
NAMA AKTIVITI :         
  1. TEKAN TUBI TRADISIONAL
  2. TEKAN TUBI VARIASI


TUJUAN AKTIVITI :
  • 1.    Untuk Menilai Tahap Kekuatan Daya Tahan Otot Pada Bahagian Tangan Dan Bahu.
  • 2.    Untuk Mengesan Jenis Kecederaan Yang Dialami Atlet
  • 3.    Bertujuan Juga Untuk Melatih Pergerakan Khusus (Latihan) Kepada Atlet.


 Note 
Tertutup senaman rantaian kinetik adalah satu bentuk senaman yang dilakukan dengan tangan atau kaki bergerak pada permukaan pepejal. Tidak seperti latihan rantaian terbuka, latihan rantaian tertutup sering bekerja otot dari sendi berganda. Ini bermakna mereka biasanya lebih berkesan pada latihan untuk situasi kehidupan sebenar, terutama bagi atlet. Ia menyangka bahawa senaman rantaian tertutup adalah kurang berkemungkinan untuk menyebabkan kerosakan kepada sendi, seperti lutut, berbanding untuk membuka latihan rantaian. Ini adalah kerana senaman menyebabkan daya mampatan bukannya daya ricih.
"Rantaian Kinetik" adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana otot dan tulang badan disambungkan. Apabila seseorang melakukan tugas mudah seperti berjalan atau memilih sehingga objek, sendi pelbagai dikehendaki untuk bergerak dengan cara yang betul. Ini dicapai melalui otot rantai kinetik kontrak dan berehat. Semua bahagian badan disambungkan, jadi setiap pergerakan menggunakan rantaian kinetik.

Tertutup latihan rantaian kinetik adalah pergerakan di mana kaki atau tangan diletakkan pada permukaan yang kukuh dan kekal dalam kedudukan yang tetap. Jika, sebagai contoh, seseorang melakukan mencangkung kaki tunggal, maka ini adalah senaman rantai kinetik tertutup, kerana kaki ditanam di atas tanah. Latihan rantaian Terbuka membenarkan kaki dan tangan untuk bergerak.




PROSEDUR TEKAN TUBI TRADISIONAL – LELAKI

1.    Pastikan subjek berada dalam kedudukan bersedia untuk melakukan aktiviti .
2.    Kaki dibuka seluas bahu dan kedudukan tangan dalam keadaan lurus
3.    Berat badan disokong oleh tangan yang lurus.
4.    Badan diluruskan
5.    Badan diturunkan  dengan membengkokkan siku sebanyak 90®
6.    Tangan diluruskan mengikut kedudukan asal
7.    Aktiviti yang dilakukan mengikut kemampuan masing-masing


PROSEDUR TEKAN TUBI TRADISIONAL – PEREMPUAN

1.    Pastikan subjek berada dalam kedudukan bersedia untuk melakukan aktitviti.
2.    Tangan dalam keadaan lurus dan lutut dibengkok
3.    Badan lurus
4.    Berat badan disokong oleh tangan yang lurus
5.    Kaki bersilang
6.    Turunkan badan dengan membengkokkan siku sebanyak 90®
7.    Tangan diluruskan mengikut kedudukan asal





PROSEDUR TEKAN TUBI VARIASI – LELAKI

1.    Pastikan subjek berada dalam kedudukan bersedia untuk melakukan aktiviti.
2.    Kaki dibuka seluas bahu dan kedudukan tangan yang berada diatas Separa Bola dalam keadaan lurus
3.    Berat badan disokong oleh tangan yang lurus.
4.    Badan diluruskan
5.    Badan diturunkan  dengan membengkokkan siku sebanyak 90®
6.    Tangan diluruskan mengikut kedudukan asal.

PROSEDUR TEKAN TUBI VARIASI – PEREMPUAN

1.    Pastikan subjek berada dalam kedudukan bersedia untuk melakukan aktiviti.
2.    Tangan mesti diatas Separa Bola dalam keadaan lurus dan lutut dibengkok
3.    Badan lurus
4.    Berat badan disokong oleh tangan yang lurus
5.    Kaki bersilang
6.    Turunkan badan dengan membengkokkan siku sebanyak 90®
7.    Tangan diluruskan mengikut kedudukan asal
8.    Aktiviti yang dilakukan mengikut kemampuan masing-masing




Wednesday, 13 March 2013


THERAPEUTIC ULTRASOUND



THERAPEUTIC ULTRASOUND

NAMA ALATAN                  : 
Ultrasound Therapy(body massage/pad)
PENGENALAN ALAT         :
 Memulihkan dan merawat  tisu-tisu otot  yang telah rosak pada  bahagian  tisu terkoyak dan melecur.
JENIS KECEDERAAN        : 
Melecur dan Kerosakan tisu otot
KAEDAH/TEKNIK              :
Satu alat elektrikal yang digunakan untuk  memulihkan bahagian dalam badan atlit yang  mengalami
kecederaan pada bahagian kulit.
PROSES PENYEMBUHAN : 
Acute, Sub-acute dan Kronik

Monday, 4 March 2013

 HOT PACK



Nama aktiviti              : Hot Pack
Jenis kecedaraan         :  Konkusi dan Bengkak
Teknik/Modality         :  Thermotherapy
Proses penyembuhan   :  Sub- acute dan chronic
Objektif                      :
  1. Mengurangkan kesakitan dan kekejangan dan ketegangan otot.
  2. Mengembangkan salur darah melancarkan peredaran darah dengan  baik.
  3. Menghantar nutrien pada tempat yang cedera supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat.
  4. Membekalkan darah beroksigen  pada bahagian yang cedera
  5. Mengeluarkan sisa-sisa toksin pada tempat yang cedera
  6. Mengurangkan bengkak pada cedera dan proses releksasi
                        .                            
Alatan                          :  Hot Pack

Prosedur :   
  1. Balut hot pack dengan tuala dan rendamkan hot pack dalam air bersuhu 80OC dalam masa 6 minit pada suhu bilik dan 10 minit sekiranya hot pack baru di keluarkan dari peti ais.
  2. Mangsa di baring secara terlentang.
  3. Letakkan hot pack di tempat yang cedera selama 20 minit setiap 4 jam
  4. Balutkan hot pack sebelum diletakkan pada tempat yang cedera.-bagi mengelakkan radang kulit atau alahan kulit.
  5. Pesakit berada dalam keadaan relak.
  6. Masa pemulihan di antara 48 hingga 72 jam selepas 48 atau 72 jam menggunakan cold pack.

Modul Bola Sepak


Klik disini utk download PDF : http://www.mediafire.com/?sy14m7yeofv95mj

Lepas download tu.... ucap la tima kasih......

Sunday, 3 March 2013

Nota Pembelajaran Kendiri (style K Mosston & Ashworth)

Definisi
Tidak termasuk dalam jadual kelas p&p PJ/PSS tidak wujud secara formal.
Objektif
1. Meningkatkan peluang pelajar secara individu dlm proses pembelajaran
    kognitif & kemampuan fizikal dlm sesuatu topik.
2. Memberi peluang kpd pelajar utk menentukan objektif t'laku mereka
    berdasarkan jadual atau program yg telah dibuat utk dirinya.
3. Memberi peluang kpd pelajar utk membina & membentuk struktur          
    latihan atau kemahiran yg ingin mereka capai.

Ciri-ciri
1. Pemilihan jenis akt atau sukan ditentukan oleh pelajar sendiri.
2. Kesediaan pelajar utk melaksanakan stail ini.
3. Pelajar perlu benar2 memahami peranan mereka.
4. Masa yg diperlukan adalah panjang.
5. Merangsang penglibatan pelajar.
6. Tanggungjawab adalah ditangan pelajar sendiri.

Cara Perlaksanaan
1.   Pra Impak


  1. Impak


  1. Pasca Impak

1.1. Pelajar memilih topik dan merancang serta membuat keputusan.
2.1. Pelajar bertindak balas dlm setiap masalah dgn ujikaji, meneliti,  
       memriksa dan menemui pelbagai cara utk menyelesaikan
       permasalahan.
3.1. Pelajar m'buat penilaian dgn cara penyelesaian yg diambil dan
       memastikan masalah dpt diatasi.
3.2. Guru hanya memberi bantuan jika diminta oleh pelajar.

Kebaikan
1. Meningkatkan minda pelajarn & kemahiran fizikal.
2. Membina inovasi dan kreativiti
3. Memberi kepuasan emosi dan motivasi diri.
4. Pelajar dpt membina tahap disiplin dan menilai prestasi diri sendiri.
5. Pelajar dpt menanamkan sikap berdikari.

Kelemahan
1. Tidak semua tugasan sesuai dgn stail K.
2. Sesuai utk pelajar yg matang pemikirannya. Pelajar yg lemah akan  
    menghadapi masalah.
3. Mengambil masa  yg panjang.
4. Pelajar memerlukan bahan rujukan yg sempurna.
5. Menimbulkan kebosanan jika pelajar gagal mencapai tahap yg
    dikehendaki.
6. Keselamatan, peralatan, pengangkutan dan kemudahan ditanggung     
    oleh pelajar sendiri.


Thursday, 18 October 2012

Sunyi Tak Bererti Aku Xsayang

Aku sayang semua.... ko yg paling aku sayang..... walaupun aku ni nakal @ gatal (ko slalu pangil aku camtu) tp aku saje2 je....biasa la ego n nafsu ni ssh nk kawal.... sekian tima kasih

Monday, 15 October 2012

Kisah Kopi Campur Garam


Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.
“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis dalam hatinya.
Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”
Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.
Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.
“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si laki-laki.
“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang.
Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.
Untung saja ada kopi masin !
Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:
“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”
Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”
Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi…

Friday, 12 October 2012

Asgmt ku : Sport Nutrion Ttg Suplement

Tajuk Asgmt : 
The effiency,safety and the legal use of your chosen dietary supplement in sport.....Buat Report je...

Aku pilih tajuk nih : 
The influence of a pre-exercise sports drink (PRX)
on factors related to maximal aerobic
performance.
(Pengaruh minuman pra-senaman sukan (PRX)
kepada faktor-faktor yang berkaitan dengan prestasi aerobik maksimum)






Thursday, 11 October 2012

Perangai Pempuan Zaman Sekarang


BUKAN niat saya menghina mahupun mencaci wanita khususnya para isteri, tetapi sekadar mahu mengingatkan tentang kewajipan mereka terhadap suami. Ini kerana rata-rata isteri zaman ini lalai tentang tanggungjawab mereka," kata Shahzan membuka bicara dalam e-melnya yang panjang lebar.

''Zaman ini sukar mencari perempuan yang benar-benar layak dijadikan isteri. Sekiranya kita bertanya kepada ustaz, isteri macam mana yang baik, pasti ustaz akan jawab: Dia mestilah wanita yang pandai hiburkan suaminya, taat, sentiasa senyum dan tidak pernah berkira dengan suami.

''Dalam memilih calon isteri, ramai lelaki mengelak anak perempuan bongsu. Perempuan kategori ini anak manja, tidak pandai berdikari dan lebih penting, ibubapanya pasti meletakkan hantaran tinggi sebab nak buat majlis kahwin dan sanding terbesar.

''Namun, tidak bermakna anak sulung baik. Biasanya mereka juga jadi kemanjaan ibu bapa juga datuk dan nenek. Kalau berkahwin pun mereka lupa tugas hakiki bukan lagi pada ibu bapa sebaliknya suami. Nasihat saya kalau sudah berkahwin, sebaik-baiknya jangan tinggal bersama mertua. Banyak buruknya.

"Ada juga kata carilah calon isteri dari kampung, konon lebih suci, hakikatnya ia tidak relevan lagi.
''Zaman ini bukan zaman mak bapa kita dulu. Zaman ini serba canggih. Mereka mudah berhubung walaupun ada di rumah. Meraka juga sudah pandai melepak di pusat beli-belah. Bukan macam zaman dulu, anak dara umumnya di dapur.
''Sebab itulah, trend lelaki kita zaman ini lebih suka berkahwin dengan warga asing kerana mereka dapat memenuhi 'selera' selain hantaran rendah, kesuciannya tidak diragui dan darjah ketaatannya tinggi.
''Tidak seperti anak dara kita ramai yang sudah kena 'test-drive', akhirnya siapa rugi? Kalau boleh pulangkan kalau rosak tak apalah, tapi masalahnya 'tiada jaminan wang dikembalikan!!'

''Zaman ini hantaran mengikut taraf pendidikan. Lulusan PMR RM3,000, SPM RM8,000, STPM/Diploma RM12,000, ijazah RM20,000 dan Ph.D RM30,000. Bagi yang mampu, hantaran bukanlah isu, lagipun banyak bank boleh buat pinjaman. Soalnya, berbaloikah pelaburan yang dibuat itu? Dapatkah si isteri beri khidmat setimpal dengan nilai hantaran itu?

''Ada ibu bapa minta hantaran beribu ringgit, tapi makan minum suami terabai. Saya nak nasihatkan wanita kalau terasa susah sangat nak jaga makan minum suami, baik jangan kahwin, duduk saja bawah ketiak mak bapa. Zaman ini nak cari isteri yang hormatkan suami memang sukar. Lagi payah apabila mak bapa merestui perbuatan anaknya.

Sensitif''Dalam sebuah hadis nabi bersabda: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya" (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban).

''Kebanyakan suami kini sensitif dengan kerenah isteri sebab ada yang ''terlebih pandai'' mendakwa ''walaupun isteri hak suami, tapi haram suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan isteri kerana golongan hawa dilahirkan bukan sekadar menjadi tempat untuk suami memuaskan nafsu sahaja''.
''Sebenarnya, tiada haram kepada suami menunaikan hajat ke atas isterinya. Malah menjadi kewajipan si isteri menunaikan 'permintaan' suami. Perkara ini wajib dilaksanakan selagi tidak terikat dengan puasa Ramadan, ihram haji, datang haid atau nifas atau suami itu meminta meliwatnya atau dia sakit yang tidak mampu berjimak.

''Lebih memeningkan kepala suami, perangai isteri ketika di pejabat bukan main riang gembira, bertepuk tampar dengan lelaki lain tapi bila balik ke rumah, langsung tidak mahu melayan suami. Malah berbedak berhias pun dia malas hinggakan bau badan masam dan hapak, langsung hilang selera.
''Kita sering mendengar ayat ''perempuan insan yang lemah". Bagi saya, ayat itu sudah tidak sesuai lagi, kerana ramai isteri kini suka melawan suami. Apa suami cakap, semuanya dia lawan balik. Mereka langsung tidak kisah bahawa mentaati suami itu wajib.

''Wahai isteri, sedarlah bahawa dalam neraka nanti hukuman isteri yang melawan suami, dia sendiri yang akan menggunting lidahnya.
''Perempuan zaman ini sangat hebat dalam menipu. Kalau ada kes Mahkamah Syariah, di depan hakim, pandai pula mereka menangis melalak. Hakikatnya, diri sendiri yang tidak tahu menjaga hati suami.
''Sesetengah wanita menangis melalak di depan hakim, seolah-olah suaminya langsung tidak menunaikan tanggungjawab. Nasihat saya, sebelum salahkan suami, tanya diri anda sendiri dahulu, adakah anda benar-benar menunaikan tanggungjawab anda? Terus terang saya katakan, seorang lelaki itu, kalaulah dia benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh isterinya, mustahil si suami akan mencari yang lain.

''Nasihat saya kepada lelaki di luar sana, zaman ini kalau hendak berkahwin memang senang, tetapi bukan mudah mencari perempuan yang sanggup hidup susah senang bersama kita. Apa lagi hendak membantu suami.

''Lebih aneh zaman ini, ramai isteri yang taat pada perintah Allah, rajin solat, puasa, dengar ceramah agama, mengaji dan sebagainya. Malangnya, makan minum suami sering mereka abaikan sebab sibuk mencari pahala untuk diri sendiri.

''Sepatutnya, ibadat itu hendaklah disertakan dengan ketaatan kepada suami. Akhirnya, si isteri akan dapat masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka. Bab menjaga makan minum suami, amat besar pahalanya kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

''Akhir kalam, suka saya mengingatkan tentang nusyuz. Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami sebagai contoh; 1. Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suami. 2. Meninggalkan rumah tanpa kerelaan atau izin suami. 3. Enggan berpindah ke rumah yang disediakan suaminya, tanpa sebab yang sah mengikut hukum syarak,'' ujar Shahzan panjang lebar tentang perangai kebanyakan isteri zaman ini.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 10 October 2012

Newbie will begin!!!!





This is my first time as a blogger. Actually I'm not a good writer. Never been quite like it. I'm bad in writing since in school. But nowadays i think this is the best way for us to share memories with the close ones.
.
.
.
.


So here I am  writing my OWN blog to express myself about life, family and friends. I hope I have made a right decision on this. Once its posted  there's no turning back. 

Ni piC mAsA SekoLaH....

Gambar ini diambil semasa aku belajar kt SMTTM 04/05...... Kelas Bakeri dan Konfeksioneri.....
Masa disekolah ni aku belajar masak kek,biskut,roti,pastri dan kuih2 (kira mejar subjek ler).. Walaupun agak nakal masa belajar kt sana tp.... ranking dlm kelas top 3..... kekeke...... puji diri sendiri...:D

*pic diatas adalah kwn2 yg 1 bengkel ngn je..... lau nk kira yg betol ramai lagi.....

Thursday, 7 April 2011

Ini lah aku....

Masa lapang banyak aku habis kan dekat bilik...Melihat Cito2 Yang tak ditapis lagi...
hehehehe
Aku Ade 4 orang adik beradik kandung 3 boy 1girl
1 orang abg tiri(yang tiri aku xnk cita).sb aku xsuka dia(druger) 
Teringat masa jd adik2 dlu..

 

Wednesday, 16 March 2011

Cerita Tentang Kita...jiwang......

Cerita Tentang Kita

SMKSA, PERAK 2001

“Hamim, ada orang nak jumpa.’’

“Sapa?’’

“Entah, budak kelas sebelah kot.’’

'Ish, sapa pulaklah yang nak jumpa aku ni? Member-member masa sekolah rendah dulu ke? Tapi nak buat apa?’

Aku tertanya sendiri. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi dan melangkah menuju ke kelas tingkatan 1 Hanafi. Aku menjenguk melalui pintu belakang, kalau-kalau kawan aku ke nak jumpa aku. Tapi tiba-tiba aku rasakan wajah aku macam kena simbah dengan air panas. Malu. Dalam kelas tersebut semuanya lelaki, aku pulak terintai-intai ikut pintu belakang. Dah macam orang mengendap pulak. Semua mata memandang ke  arah aku.

“Syazwan, kau main-mainkan aku ek? Tak guna betul!’’

Aku terus memarahi Syazwan. Terpinga-pinga dia memandang aku. Geram aku dibuatnya, malu dah satu hal.

“Eh, mana ada main-main. Budak tu yang nak jumpa sangat dengan kau. Aku sampaikan pesan je. Takkan tu pun nak marah kot?’’

“Budak tu-budak tu, sapa dia? Kau tahu tak, malu gila aku tehendap-hendap kat pintu belakang tu.’’

Syazwan membuat muka selamba. Sakit hati aku memandangnya.

“Entah, sapa entah nama dia. Ha ni, lupa pulak. Dia kata nak jumpa kau sebelum balik ni.’’

“Jumpa aku?’’

Syazwan mengangguk sebelum kembali duduk di  kerusinya apabila Cikgu Azi yang mengajar subjek matematik untuk kelas kami masuk. Aku termenung. Sapa pulak la yang nak jumpa aku ni? Hai, confiuse aku dibuatnya.

************************************************************************

“Aidil, teman Mim boleh tak?’’

“Ala, malaslah. Kan semua kena pergi padang, nanti lambat kena marah pulak.’’

“Alah, bukannya kita ambik bahagian pun, cuma pergi tengok je. Temanla, please...’’

Aku memujuk sahabat baikku. Akhirnya dia mengangguk. Dia sajalah satu-satunya kawan perempuan aku yang masih rapat sehingga akhir tingkatan satu. Yang lain cuma bertahan sekejap saja. Aku pun tak tahu kenapa.

“Dia nak jumpa dekat mana?’’

Aidil menyoal aku. Aku menjungkitkan bahu tidak tahu.

“Kenal tak?’’

Aku menggeleng.

“La, habis tu nak jumpa macam mana kalau tak kenal?’’

Aku diam lagi.

“Mim, budak tu tunggu kau dekat tangga.’’

Tiba-tiba aku terdengar Syazwan menjerit memberitahu aku. Aku masih berada di  hadapan kelas Aidil. Walaupun aku dan Aidil bukan sekelas, tapi kami sentiasa berulang-alik ke  sekolah menaiki bas yang sama. Mungkin sebab itulah kami menjadi rapat.

“Ha, tu. Cepatlah, mesti budak tu dah tunggu. Sapa nama dia?’’

“Entah, Syazwan kata...........Adib.’’

Tanpa berlengah, aku berjalan dengan Aidil menuju ke  tangga. Ramai pelajar-pelajar lain turun menggunakan tangga yang sama. Aku biarkan dulu keadaan lengang. Malas mahu berhimpit-himpit, sesak jadinya. Hati aku berdebar-debar. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku tak kenal orangnya kot.

“Tu sapa? Dia tu ke?’’

Setelah keadaan agak lengang, Aidil menunjuk ke  arah aku kelibat dua orang pelajar lelaki yang masih berdiri di  tepi tangga. Aku menggeleng. Manalah aku tahu. Dia memandang ke  arah aku, tapi aku tak berani pun nak pandang ke  arah dia. Tanpa berfikir panjang, aku terus menarik tangan Aidil dan menuruni tangga tanpa menoleh pun ke  arah pelajar lelaki tersebut.

Apabila tiba di  bawah, aku masih dapat mendengar butir bicara dua orang pelajar tersebut. Aku dengar mereka bercakap pasal aku. Ah, biarlah. Macam kelakar pulak rasanya. Tak henti-henti aku ketawa.

************************************************************************

Aku turun dari bas. Lewat sikit aku sampai hari ni. Langit mendung. Ya Allah, janganlah hujan. Aku kena mengayuh basikal pulak untuk sampai ke  rumah. Bas cuma berhenti di  tepi jalan sahaja. Sewaktu aku hendak melintas jalan, tiba-tiba pelajar lelaki yang naik satu bas dengan aku bersuara.

“Mim, Adib kirim salam.’’

Aku mengerutkan dahi mendengar kata-kata Azmir, teman sekelas aku. Dia juga satu kampung dengan aku. Takkanlah dia pun tahu pasal ni? Malunya aku. Bagi aku semua ni tak patut berlaku. Macam cinta monyet je. Kelakarnya rasa.

Aku melintas jalan. Aku membuka kunci basikal. Aku mengayuh cepat-cepat. Takut hujan turun, basah kuyup pulak aku sampai rumah nanti. Lagipun jam dah hampir pukul tujuh malam, menambahkan rasa takut dalam diri aku. Dalam hati aku berdoa banyak-banyak, mulut pulak tak lekang dari membaca ayat-ayat al-Quran dan surah-surah pendek yang aku hafal untuk menghilangkan rasa takut.

************************************************************************

SMKSA, PERAK 2002

“Aidil, yang mana satu?’’

“Yang tu lah. Yang hari tu kawan dia.’’

Aidil menunjukkan kepada aku kelibat seorang pelajar lelaki sedang berjalan. Tapi keadaan kami yang berada dalam bas waktu itu sedikit menghalang pandangan aku. Kecewa lagi aku untuk melihat wajahnya. Nampak macam pakai songkok, tapi tak tahulah pulak kalau kali ni pun aku tersalah orang. Malunya kalau diingatkan balik. Orang nak jumpa aku tak nak, alih-alih tercari-cari jugak tuan empunya badan.

Sebaik bas berhenti, kami semua turun. Aidil ke  kelasnya, manakala aku menuju ke kelas aku. Aku masih bersekolah sesi petang, sedangkan kelas Adib waktu pagi. Jadi, harapan nak jumpa tu memang tipislah. Aku melangkah ke  kerusi aku. Tempat duduk aku belakang sekali, ditepi tingkap dan bersebelahan dengan kantin. Kelas kami ditingkat dua, jadi kalau bosan belajar, aku selalu 'cuci mata’ melihat gelagat-gelagat manusia di  kantin.

Kadang-kadang tercari-cari jugak kalau-kalau terpandang wajah yang dicari walaupun agak mustahil.

“Mim, dah siap math semalam? Nak tiru boleh?’’

Muncul Syahila, rakan kelas aku. Tiru-meniru ni biasa je bagi kami, maklumlah, saling 'tolong-menolong.’

“Nah, tapi jangan pulak kau tiru bulat-bulat. Kalau tahu dekat Cikgu Azi, mati kita.’’

“Alright my darling.’’

“Eh Siti, aku dengar dia nak pindah. Betul ke?’’

“Ha ah. Rasanya tahun ni kot dia pindah.’’

Aku memasang telinga mendengar perbualan antara Siti dan Mira. Tiba-tiba macam tertarik pulak aku mendengar topik perbualan mereka.

“Tak rindu ke nanti?’’

“Eh please! Adib is my ex-boyfriend okay. Tak ada kena mengena dah dalam hidup aku.’’

Kata-kata Siti itu memeranjatkan aku. Adib bekas kekasih Siti? Biar betul? Kenapa aku tak tahu. Kalau macam nilah gayanya, aku rasa orang macam Adib tu tak jujur. Tak mustahil satu hari nanti, aku pulak yang jadi ex-girlfriend dia. Ei, nauzubillah. Bagus jugak aku tak kenal dia.

Nasib baiklah aku dengar apa yang Siti dan Mira borak. Kalau tidak, hmm sampai ke  sudah aku tak tahu cerita ni. Mesti Adib cuma nak main-mainkan aku je. Masakanlah orang macam aku ni boleh menarik perhatian dia. Aku ni bukannya menonjol sangat, kawan pun tak ramai.

Hmm, biarlah dia dengan perasaan dia. Tapi kenapa aku nak ambil tahu sangat pasal dia?
Setiap hari apabila ke  sekolah, aku selau berharap terserempak dengan dia. Mungkin kami pernah terserempak, cuma aku saja kot yang tak kenal dia.

Daripada awal tahun sampailah penghujung tahun 2002, aku masih tak jumpa dia. Akhirnya aku biarkan macam tu je. Lagipun dengar-dengar cerita, dia dah pindah sekolah sebab ayah dia terpaksa berpindah tempat kerja. Aku menjalani kehidupan aku sebagai pelajar sekolah seperti biasa walaupun sesekali bayangan cerita Adib dan gambaran wajahnya menziarahi mimpiku. Namun, setiap kali bermimpi, wajahnya pasti tidak kelihatan.

************************************************************************

IPTA,  OGOS 2009, PANTAI TIMUR

Aku agak sibuk setelah masuk tahun terakhir pengajian aku di  sini. Hujung tahun ni aku grad. Sibuk siapkan final project, prepare untuk final semester lagi. Segala-galanya berlaku dengan pantas.

Sepantas manapun masa yang berlalu, cerita Adib setia mengikutiku. Adakah aku terkena sumpahannya. Aku rasa, selagi aku tidak melihat wajah lelaki yang bernama Adib, selagi itu hatiku tak tenang. Kadang-kadang sedih jugak, teringat pesanan senior-senior aku yang warak, jangan cinta atau sukakan seseorang lebih daripada sayang dan cinta kepada Allah s.w.t.

Buat masa ni, aku hanya mampu berdoa, supaya Allah lupakan sekejap cerita tentang Adib. Biarlah aku berjaya mencapai impianku dulu. Banyak impian aku yang belum aku capai. Yang pasti, perancangan aku selepas grad ni, aku hendak membuka sebuah kedai buku. Hasil karya aku yang aku tulis sepanjang mengisi pengajian aku, akan aku bukukan. Kakak aku juga bersetuju memberi modal kepada aku. Jadi, bolehlah aku menguruskan kedai buku aku sementara menunggu peluang mneyambung pengajian.

************************************************************************

NOV 2009

Masa yang ditakuti oleh semua pelajar tiba juga. Inilah ujian yang menentukan masa depan kami semua. Aku ingat pesan mak, segala-galanya ditangan Allah. Walaupun kita sudah berusaha, jika Allah tidak inginkan kita berjaya, maka kita takkan berjaya. Kita kena terima qadak dan qadar yang telah Dia tetapkan. Tawakkal kepada Allah s.w.t, jangan sesekali lupankan-Nya.

Aku menghadapi peperiksaan akhir ini dengan tenang. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku ketenangan ini. Semoga ianya menjanjikan kejayaan buatku. Amin.


************************************************************************

KUALA LUMPUR 2013

“Mim, bangunlah. Hari ni kau ada sesi bersama peminat. Dah pukul lapan dah ni.’’

Tubuhku digoyang-goyang.

“Ala,  pukul 9 la Syikin. Sejam lagi. Drive kereta pun 15 minit je. Jap lagi aku bagunlah.’’

Aku menarik selimut.

“Iyalah tu. Bersiap aja dah setengah jam kau tu. Tulah, suka sangat tidur lepas Subuh. Eh, tak elok tau tidur lepas Subuh.’’

Syikin mula membebel. Sejak melanjutkan pelajaran di UPM sampailah sekarang, kami sudah mempunyai kerjaya masing-masing, Syikin masih setia menjadi teman menyewa aku. Kami rapat sejak tahun pertama di universiti lagi. Aku bangun malas. Selimut ku lipat lambat-lambat.

“Aku dah jadi macam artis la pulak kan.’’

Aku memasang angan-angan. Membayangkan keadaan aku dikerumuni peminat-peminat aku.

“Dah, jangan nak berangan! Mandi cepat. Kesian orang-orang yang datang nak dapatkan autograf kau.’’

Syikin mencampakkan tuala mandi kewajahku. Aku menarik tuala mandi dan menggaru-garukan kepala aku yang tidak gatal. Aku tersenyum sendiri.

“Tercapai jugak impian aku nak bukak kedai buku. Kau tahu Syikin, impian ni wujud sejak aku kat sekolah lagi.’’

“Ya, aku tahu. Masuk ni entah kali keberapa kau cerita dekat aku. Bosan dah aku dengar. Pergi mandi cepat. Aku tak nak temankan baru tahu.’’

“Janganlah macam tu Syikin, ni first time aku berjumpa dengan peminat ni.’’

“Tulah kau, nak berahsia sangat. Sampaikan makna nama pena kau pun rahsia dalam rahsia.’’

“Iyalah, dah setahun setengah aku jadi penulis, sekarang barulah aku rasa bersedia untuk tonjolkan diri. Memang dari dulu lagi aku tak suka expose diri aku ni. Nak buat macam mana..’’

Aku mengeluh. Sepatutnya aku teruja, tapi aku macam tak ada perasaan pulak nak bertemu peminat. Aku melangkah ke  bilik air. Lagi lama aku duduk, lagi panjang pulak bebelan si Syikin tu.

Selesai mandi, aku bersiap-siap. Aku mengenakan baju kurung  bunga kecil berwarna hijau lembut bersama tudung berwarna krim. Kakiku melangkah penuh debar.

************************************************************************

PUJANGGA HAMIM, KUALA LUMPUR

Aku mengurut jari jemari yang terasa kebas. Dari pagi tadi aku asyik menandatangani buku-buku hasil tulisan aku. Semuanya dibeli oleh peminat-peminat aku. Ada yang datang dari Selatan, ada yang datang dari Pantai Timur, Utara. Dari negeri aku di Pantai Barat pun ada. Gembira dan terharu bercampur baur.

“Penat jugak ya jadi orang terkenal ni.’’

Syikin mencebikkan bibir.

“Alah, takkan kau cemburu kot dengan kawan kau ni. Kalau aku glamor nanti, kau pun glamor jugak.’’

“Kau tak kisah ke aku tumpang glamor kau?’’

Soal Syikin tiba-tiba. Akhirnya ketawa kami terburai. Hasil karya aku yang paling laris adalah novel aku yang bertajuk 'CERITA TENTANG KITA’.

Sebenarnya novel tu adalah kisah yang betul-betul berlaku dalam hidup aku. Aku tak sangka pulak, novel tersebut menarik minat pembaca. Lebih-lebih lagi ini adalah kemunculan pertama aku bersama peminat. Ramai yang bertanya, mengapa berahsia. Aku sekadar tersenyum. Tidak tahu alasan apa yang patut aku beri.

“Cik Hamim, petang ni ada lagi satu sesi tau. Pukul 2.30 sampai pukul 5.00 petang.’’

Airin, pembantu aku mengingatkan. Aku hanya mengangguk.

“Jom makan. Lagipun kejap lagi masuk Zohor, boleh terus solat.’’

Aku bersetuju dengan pelawaan Syikin. Restoran Selera Kampung menjadi pilihan kami. Lagipun restoran tersebut terletak berhampiran Pujangga Hamim, kedai buku aku. Makanannya juga sedap-sedap.

************************************************************************

RESTORAN SELERA KAMPUNG, KUALA LUMPUR

“Macam mana kau boleh terfikir nak buat novel pasal diri kau sendiri?’’

Aku menggeleng. Sungguh, aku tak pernah terfikir pun nak tulis cerita tentang diri aku sendiri.

“Kau tak pernah cerita pun dekat aku sebelum ni.’’

“Cerita apa?’’

Aku pura-pura tidak mengerti. Aku meneruskan hirupan kuah tom yam yang aku pesan.

“Pasal cerita kau dengan Adib.’’

Aku tersenyum. Aku membetulkan sedikit tudung yang aku pakai.

“Syikin, tu cerita 12 tahun dulu. Sampai sekarang pun aku tak tahu macam mana rupa lelaki yang bernama Adib tu. Entah-entah anak dah lima kot.’’

Kami tertawa. Hakikatnya aku sendiri tidak mengerti kenapa setiap kali cerita tentang Adib timbul, hati aku resah. Hipokritkah aku menipu perasaan sendiri? Macam mana aku boleh jatuh hati pada orang yang aku tak pernah tengok rupanya dan tak pernah kenal orangnya? Malas aku mahu berfikir tentang cerita itu, menyesakkan dada dan memeningkan kepala aku.

“Cepat sikit makan tu. Dah pukul 2.00 ni, nak solat lagi. Cubalah tepati masa sikit.’’

Syikin mula membebel.

“Yalah Cik Nor Asyikin bt Muhammad. Hamim Mohd Haikal akan menurut perintah.’’

Aku mengajuknya. Syikin mula menunjukkan wajah geram. Aku ketawa melihat gelagatnya.

************************************************************************

PUJANGGA HAMIM, KUALA LUMPUR

Aku melihat jam ditangan. Lagi setengah jam pukul 5. 00. Tapi orang masih ramai. Penat jugak melayan peminat ni. Akhirnya aku memberitahu Airin untuk berhenti setelah pukul 4.45 petang. Takut lewat  habis pulak nanti.

“Huh, penat batul aku.’’

Aku mengurut-ngurut tengkuk dan jari jemari aku.

“Biasalah, orang ada peminat. Lepas ni, jangan pulak Cik Hamim lupakan saya.’’

Airin bersuara setelah menutup pintu utama Pujangga Hamim. Semua pengunjung sudah balik. Hanya aku, Syikin dan juga Airin yang masih tinggal.

“Insya Allah, saya takkan lupakan orang-orang yang dah banyak bantu dan sokong saya selama ni.’’

Syikin dan Airin tersenyum.

Kringg!!!Kring!!!!

Perbualan kami terganggu oleh deringan telefon. Airin segera menjawab.

“Tapi, sesi autograf dah setengah jam habis encik. Kami dah tutup kedai dah. Encik datang bulan depan boleh? Lagipun, minggu depan ada lagi satu sesi penulis bersama peminat.’’

Aku dan Syikin hanya mendengar. Letih belum hilang lagi. Tangan aku juga sudah tidak mampu untuk menandatangan.

“Tak boleh encik, lagipun bos saya dah nak balik. Dah lewat ni encik.’’

Aku lihat Airin masih lagi berbicara. Sebentar kemudian dia menjauhkan gagang telefon dari telinganya, dan memandang ke  arah aku.

“Cik Hamim, ada peminat ni. Saya dah bagi tahu, sesi autograf dah habis. Tapi dia degil jugak. Dia kata dah lama nak jumpa Cik. Dia kata dia pun dari Perak jugak. ’’

Nada suara Airin seperti risaukan sesuatu. Petang-petang macam ni, dengan keadaan kami bertiga perempuan, macam-macam boleh berlaku.

“Tak apalah Airin, bagi ajalah dia masuk. Kesian pulak. Datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa saya.’’

“Ish, kau ni Mim, tak takut ke kalau-kalau yang datang tu orang jahat ke?’’

“Syikin, tak elok tau buruk sangka dengan orang. Apa-apa pun, dia peminat aku. Bukan senang nak jumpa orang yang sanggup datang jauh-jauh macam ni.’’

“Alah, jauh apanya KL-PERAK, ikut lebuh raya tiga jam je dah sampai.’’

Aku menggeleng kepala.

“Baiklah encik, tapi sekejap aja tau. Encik boleh masuk sekarang.’’

Airin meletakkan gagang telefon. Aku menuju ke ruang hadapan kedai untuk menanti pengunjung terakhir. Aku duduk dikerusi menanti. Meja bulat dihadapanku aku kemaskan sedikit.

“Assalamualaikum......’’

“Waalaikumsalam.......’’

Aku terdengar suara Syikin menjawab salam. Mungkin orang baik-baik kot. Kalau tak, takkanlah siap bagi salam.

Novel Cerita Tentang Kita dihulurkan kepadaku. Aku leka menatap buku hasil tulisanku itu. Aku mencari pen. Tak sangka pulak aku ada peminat lelaki. Jarang jumpa lelaki yang suka membaca, lebih-lebih lagi membaca novel ataupun cerita cinta. Kagum jugaklah aku dengan mamat ni.

“La, mana pulak pen aku ni. Tadi ada kat sini. Sapa pulak la yang ambik.’’

Tanpa sedar aku bersuara. Terlupa pula dihadapan aku ni ada seseorang yang sedang menanti aku untuk menurunkan tandatangan pada bukunya.

“Tunggu sekejap ya encik, saya ambil pen.’’

Aku bangun. Wajahnya aku pandang. Terkaku seketika dengan ketampanannya. Di bajunya terselit tanda nama Dr Adib. Aku beristighfar panjang.

“Takpalah, pakai pen saya jelah.’’

Aku mengangguk dan kembali duduk. Dia menghulurkan sebatang pen kepadaku.

'Smk SA’

Tulisan pada pen tersebut menyebabkan aku tidak jadi menurunkan tanda tangan aku pada buku tersebut. Wajahnya kupandang untuk kali kedua. Kemudian aku pandang lagi tulisan pada pen yang aku pegang.

“Awak tak salah pandang. Memang betul apa yang awak rasa.’’

Untuk kali yang ketiga, wajahnya kutatap. Adib. Smk SA adalah sekolah aku dulu. Pen tersebut hanya dijual dikoperasi sekolah sahaja. Dia ke Adib yang aku cari selama ni?

“Macam mana..........’’

Belum sempat aku bertanya, dia terlebih dahulu menjawab.

“Ni.’’

Dia menunjuk ke  arah novel Cerita Tentang Kita.

 “Selepas baca cerita ni, saya terus nekad mencari awak. Cerita ni adalah cerita tentang kita. Dari dulu sampai sekarang, saya tetap sukakan awak. Saya tahu perasaan awak terhadap saya lepas baca novel ni. Sudi tak kalau saya nak awak jadi isteri saya?’’

Aku terkedu. Secepat ini dia melamar aku. Aku menoleh kekiri, Syikin dan Airin terpinga-pinga menyaksikan situasi yang sedang berlaku. Aku juga terkejut.

“Saya tak main-main macam yang awak fikirkan. Saya serius.’’

Ya, memang dia serius. Aku dapat lihat dengan jelas diwajahnya dan tutur katanya.

Aku memandang buku dihadapanku, dan aku turunkan tanda tanganku di  situ.

Pujangga Hamim
Adib-Hamim


Aku tersenyum kearahnya. Aku yakin, dia memahami maksudku. Kalau dah nama kedai aku pun menggunakan namanya, apa lagi yang perlu aku jelaskan. Pujangga itu sendiri adalah maksud namanya-Adib-

Buku itu aku hulurkan padanya. Dia menyambut dengan penuh senyuman. Senyuman yang amat bermakna buat aku. Penantiannya tidak sia-sia.